Akan Datang
Karnival Madani Raya 2026
Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan. Jom ramai-ramai kita hadir memberi sokongan.
Masjid Untuk Semua
Masjid Ismailiah mula dibina pada tahun 2010 dan siap dibina pada tahun 2011 dengan status sub mukim Padang Pauh. Tanah tapak masjid daripada sedekah/infak oleh Cikgu Tuan Haji Mohamad bin Harun dengan keluasan 0.511 Hektar.
Memperkasa Program dan Aktiviti Berkualiti Tinggi
Masjid ini terus berkembang sebagai bukan sahaja pusat ibadah dan pengukuhan syiar Islam, malah sebagai hab ilmu, aktiviti ummah serta platform pelbagai program kemasyarakatan. Usaha ini bertujuan memperkukuh ukhuwah serta mengimarahkan masjid agar manfaatnya dapat dirasai bersama oleh seluruh komuniti.
Memastikan Keadaan Masjid Sentiasa Terpelihara dan Kondusif
Sumbangan ikhlas daripada anda amat signifikan dalam memastikan kelangsungan Masjid Ismailiah sebagai sebuah institusi yang menyumbang ke arah pembentukan masyarakat cemerlang. Ia juga membantu memastikan setiap majlis ilmu dan ibadah dapat dilaksanakan dalam suasana yang selesa, teratur dan kondusif.
Kami amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan ikhlas daripada anda yang akan disalurkan terus untuk pembiayaan kelangsungan operasi Masjid Ismailiah.
Secara Tunai
Di peti-peti sumbangan masjid atau di Pejabat Masjid Ismailiah.
Kod QR DuitNow
Belum tersedia
Melalui Bank (Cek/Pindahan Wang)
Nama Akaun : Masjid Ismailiah
Nama Bank :
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No Akaun Bank :
0302-7010-0418-70
Program kendalian Masjid
Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi mengimarahkan lagi Masjid Ismaililah
- Solat fardhu berjemaah
- Solat Jumaat
- Tadarus al-Quran
- Program fardhu A’in & ilmiah
- Khidmat komuniti
