Visi

Menjadi pusat ibadah yang unggul dengan mengekalkan syiar Islam & kesejahteraan Masyarakat.

Misi

Melaksanakan pengurusan masjid yang cekap & berkesan dalam membangunkan masyarakat berdasarkan akidah, syariah & akhlak islamiah melalui pelbagai aktiviti keilmuan, dakwah, kebajikan & pembangunan insan.

maik
logo masjid ismailiah

Sejarah Penubuhan Masjid

  • Pembinaan masjid ini dicetuskan kerana surau lama (kayu + batu) dirobohkan untuk laluan pembinaan jalan raya (By Pass) dengan dibayar pampasan. Duit pampasan digunakan untuk membina masjid dengan kebenaran
    pihak MAIK.
  • Tanah tapak masjid — sedekah/infak daripada Cikgu Tuan Haji Mohamad bin Harun seluas 0.511 hektar dan sebahagian lagi dibeli dengan harga RM140,000.00.
  • Mula dibina pada tahun 2010. Pembinaan diketuai oleh Hj Rashid bin Yaakob (arwah).
  • Pembinaan siap sepenuhnya pada tahun 2011 dengan status sub mukim Padang Pauh.
  • Pada tahun 2015 — dapat kebenaran MAIK untuk solat Jumaat sahaja.
  • Dapat lantikan pegawai masjid — Imam Muda (Rosdi bin Zakaria) dan Bilal (Mustaffar bin Jusoh) dan Siak (lantikan masjid) ialah Azuldi bin Che Din.
  • Terkini Imam Muda diberi status Imam Tua dan dapat lantikan Imam Muda iaitu Muhammad Nur Hakim bin Osman, Siak – Fauzi bin Taib dan Bilal – Mohd Afiq Fahmi bin Abd. Hadi.
  • Kapasiti maksima – seramai 500 orang.

Carta Organisasi Masjid Ismailiah

carta organisasi masjid ismailiah

Dikemaskini pada Januari 2026

surat perakuan masjid
sijil penarafan masjid 2025
sijil penarafan masjid 2023
Scroll to Top